Warisan Sedia Isytihar Harta Jika Perlu


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Apdal mempertikaikan keperluan mengisytiharkan harta jika tiada siasatan dilakukan terhadap pemilikan aset yang tidak munasabah.

Beliau berkata, Warisan tidak kisah untuk mengisytiharkan harta ahli Parlimen masing-masing namun, timbul persoalan mengapa tiada tindakan diambil terhadap individu memiliki aset yang banyak dalam tempoh yang singkat.

“Kita tiada apa-apa untuk diisytiharkan, apa yang perlu kita isytihar. Apa yang penting kita menang pilihan raya.

“Tidak guna isytihar harta sekirnya sesetengah individu isytihar aset yang lebih daripada sepatutnya, apa berlaku? ada sebarang tindakan diambil?.

“Ia bukan untuk ditunjuk-tunjuk sebaliknya, harus ada penguatkuasaan undang-undang, ini sangat penting. Kita tidak boleh bersikap double standard.

“Saya tidak kisah isytihar aset malah, saya telah pun isytihar aset semasa menjadi anggota Kabinet dan saya juga telah isytihar aset semasa menjadi ahli Parlimen,” katanya selepas Ceramah Perdana Parlimen Penampang bersama pemimpin Warisan semalam.

Menurut beliau, ramai individu mempunyai aset yang banyak dalam tempoh yang singkat namun, amat mengecewakan kerana tiada sebarang tindakan siasatan mahupun penguatkuasaan diambil.

Sekiranya ada keperluan untuk ahli Parlimen Warisan isytihar harta, mereka sedia berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, jika ada mana-mana individu isytihar harta dengan pertambahan aset yang terlalu banyak maka, ia perlu dipersoalkan atau diambil tindakan.

 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *